Powered by Blogger.
RSS

Hari Pendaftaran

Aku mule mendaftar pada 3 Oktober 2009... Akhirnyer, aku sambung belajar balik selepas aku berhenti dari kolej Sime Darby... Tapi, yang tak bestnyer, aku mendaftar ketika umat Islam menyambut Hari Raya Puasa yang ke-3... Apakah?! Tapi, nak buat macam maner... Terime je la... Malam sebelumnyer aku dah siap packing semue barang aku supaye takde la kelam-kabut sangat... Pagi 3 Oktober, dalam pukul 8.30 pagi, kitorang bertolak ke Damansara untuk mendaftarkan aku di Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak... Fuh!! Jadi cikgu la aku lepas ni... Walaupun pergi awal, tapi kitorang tetap sampai lambat sebab sesat jalan... Setelah lame mencari, akhirnyer sampai jugak kitorang ke destinasi... First impression aku terhadap kolej tu 'hhmm... kecik je kolej ni.. camne nak tampung pelajar yang ramai?' Aku dan mama melangkah masuk ke pejabat kolej dan menyerahkan semua dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh pihak kolej...

Selepas semuanyer selesai (dr segi yuran, asrama dan kunci unit), kitorang pun ikut van yang bawak student ke hostel baru kitorang... Mule-mule aku tengok hostel tu macam best je... Rupe-rupenyer indah khabar dari rupe... Dah la kecik, macam maner la nak duduk seramai 10 orang kat dalam tu... Sempit woo!!! Yang satu rumah dengan aku mase tu ialah kak Nor dengan Zura... 1 jam kemudian, diorang semua keluar dari unit dan tinggal aku dgn family aku... Mama dengan abah kate, buat sementara waktu duduk la kat hostel dulu sebab susah nak carik rumah sewa kat Damansara... Aku pun ikut je la... Dalam pukul 4.30 petang, mama, abah dgn Acha pun balik sebab abah nak buka puasa (puasa 6)... Aku tak ikut turun bawah sekali sebab nanti aku menangis... Sedih wooo kene tinggal... Dah la aku sorang je yang ade kat rumah mase tu... Akibat bosan sangat, aku mule la geledah laci meja sesiape pun untuk mencari bahan yang boleh dibace... Tak lame kemudian, kak Nor call aku dan die kate die dah keluar dari hostel... Bertambah sedih la aku sebab takde geng...

Tak lame kemudian, Zura dengan family pun sampai dengan membawa banyak barang... Lepas family die balik, die pun bertegur sapa dengan aku... Makin lame kitorang jadi rapat sebab cume kitorang berdue je junior dalam rumah tu... Dalam pukul 6.30 petang, ade orang bukak pintu rumah... Aku dengan Zura dah kecut perut sebab takut perompak yang masuk... Rupe-rupenyer, ade lagi orang lain yang serumah dengan kitorang iaitu kak Ika dengan kak Mai... Aku dengan Zura cuma pandang dan tersengih je tengok diorang semue berceloteh terutame sekali mak dengan makcik kak Mai, mak ngah... Mak ngah memang kelakar... Kak Mai pulak sengih je...

Pukul 8 malam, semua family dah balik ke rumah... Tinggallah kitorang berempat kat hostel... Aku sebilik dengan kak Mai, manakala kak Ika bilik 2 dan Zura bilik 3... Disebabkan aku tak kenal dengan kak Mai sangat, jadi aku tak banyak bercakap dengan dia... Lagi satu, aku takut dengan kak Mai mase mule-mule tu... Tapi, tak la seteruk aku takut dengan kak Ika... Kak Ika lagi nampak garang kot... Hahaha!!! Pukul 9.30 malam, warden panggil kitorang semue ke pejabat diorang untuk briefing sedikit pasal hostel... Aku pulak dah mengantuk tahap gaban, jadi mase warden tengah cakap, aku sedap tidur kat kerusi... Tau-tau bile aku bukak mate je, taklimat pun dah habis... Warden siap gelakkan aku lagi sebab tertidur mase die cakap... Die faham kitorang ni penat sebab baru je pindah... Lepas semuenyer selesai, kitorang pergi ke unit masing-masing dan terus tidur sebab keesokan harinyer kitorang ade orientasi selame 3 hari... Aku dengan Zura tidur kat ruang tamu sebab dalam bilik memang panas...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saat-Saat Manis Bersama Rakan-Rakan Kohort 7A

Hello!!! Blog ini mengisahkan tentang segala kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang aku dan kawan-kawan aku belajar di Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak... Aku akan ceritakan segalanya di dalam blog ini bermula dari waktu kitorang mendaftar sehinggalah kitorang konvo pada pertengahan tahun 2012 nanti... Jangan lupa mengikuti perkembangan kisah kitorang!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kohort 7A Members!

Aku nak memperkenalkan semua member-member kohort 7A...

Kak Mai
Kak Nor
Kak Siti
Aisah
Shira
Rina
Ika
Ziemah
Khaty
Kak Sara
Dayah
Azia
Fatin
Zura
Zue
Eun (aku)
Bella

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tentang Diriku...

* Nama Sebenar: Noor Idzaty Binti Mohd Hishamudin
* Nama Antarabangsa: Kim Eunchoon
* Nama Samaran: Atie, Noori, Ridz, Eun
* Tarikh Lahir: 16 Ogos 1991
* Tempat Lahir: Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HBKL)
* Zodiak: Leo
* Pendidikan: SPM 2008
* Jenis Darah: O
* Hobi: Menulis, memasak, membaca, menyanyi, menari dan mendengar muzik
* Kelebihan: Memasak, Menyanyi, Berlakon
* Cita-cita: Pengacara, DJ radio, guru dan pengurus artis(angan-angan)
* Makanan Kegemaran: Masakan ibu, Korean Charbroilled with French Fries, Sate
* Minuman Kegemaran: Jus buah-buahan, kopi, milo, susu, teh, air kosong, sirap limau ais, air berkarbonat
* Artis Kegemaran: DBSK, Super Junior, Sudirman, Siti Nurhaliza, CSJH The Grace
* Lagu Kegemaran: Mideoyo, Endless Moment, Pelangi Petang, Wajah Kekasih, Dreams Come True
* Filem Kegemaran: Adnan Sempit, How To Train Dragon, My Name Is Khan, LOTR, Harry Potter, Alvin and the Chipmunk, Ice Age
* Impian: Ingin menjadi seorang pengacara yang tersohor seperti Aznil Haji Nawawi dan Yoo Jae Suk
* Falsafah hidup: Sekiranya gagal pada percubaan pertama, janganlah cepat berputus asa... Cuba lagi pada percubaan kedua kerana kita mungkin akan menemui kejayaan di masa akan datang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS