Tanggal 26 Oktober 2009, kolej IEYD telah mengadakan Jamuan Hari Raya 2009 secara kecil-kecilan. Disamping itu, majlis ini juga meraikan kemasukan kohort kitorang. Hidangan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka. Sebelum menjamu selera, semua orang yang ada di dalam dewan telah dihiburkan dengan persembahan-persembahan lagu raya... Kohort 7A telah menyanyikan dua buah lagu raya iaitu Lebaran Ini dan Suasana di Hari Raya. Agak malu jugak rasanya sebab ramai orang tengok kitorang menyanyi. Tapi, redah je la. Janji tugas yang diberikan telah pun dilaksanakan. Lepas buat persembahan, jamuan pun bermula. Kitorang memakan hidangan yang disediakan tu dengan penuh berselera.
Subscribe to:
Comments (Atom)







