Tanggal 22 Mei 2010, telah berlangsungnya makan malam sempena 'Sambutan Hari Guru' di Vistana Hotel... Sebahagian pelajar dan alumni IEYD telah menghadirkan diri ke makan malam tersebut... Tema pada malam itu adalah 'Arabian Nite'... Semua para hadirin memakai pakaian ala Arab termasuk aku... Memang meriah sebab masing-masing nampak cantik dan bergaya pada malam tu...
Pada awal majlis, kitorang kena menyanyikan lagu tema hari guru... Macam tak percaya pulak yang aku bakal jadi seorang guru... Lepas menyanyi, kitorang dengar pulak ucapan dari alumni IEYD dengan orang kuat IEYD, Mr. James... Lepas beri ucapan, kitorang dijamukan dengan beraneka jenis makanan... Aku tak ketinggalan untuk mengambil beberapa jenis makanan yang kelihatan sedap dimata aku... Sambil makan, kitorang dihiburkan dengan persembahan dari setiap kohort... Aku terpaksa makan dengan cepat kerana perlu menyalin pakaian untuk persembahan... Selepas kohort 4A buat persembahan, giliran kohort aku (7A) yang buat persembahan...
Persembahan kitorang ialah teater muzikal 'Merah dan Putih'... Para pelakonnya ialah kak Nor (Putih), Ziemah (Merah), Dayah (Ibu Merah), Aku (Ayah Putih), kak Sara (Putra) dan Reen (kawan Putra)...
Lawak betul rasanya sebab persembahan kitorang tu kire persembahan last minute... Tapi, tak sangka pulak menjadi persembahan kitorang... Siap menari tarian Nobody - Wonder Girls lagi tu... Gempak siot!!!



.jpg)





0 comments:
Post a Comment