Powered by Blogger.
RSS

Minggu Orientasi (4-6 Oktober 2009)

Aku dengan housemate aku yang lain dah bangun seawal 6 pagi disebabkan kitorang tak nak ketinggalan bas... Yelah, budak baru lagi kan... Belum kenal lagi selok-belok jalan ke kolej... Dalam pukul 7 pagi, kitorang semua tunggu bas di seberang jalan... Dalam pukul 7.30, barulah van yang ambik kitorang sampai... Sampai ke kolej, kitorang terus pergi ke kelas tingkat 3 untuk lakukan aktiviti orietasi pada pukul 8 pagi... Aktiviti pertama, kitorang perlu perkenalkan diri dan trademark kitorang... Trademark aku of course la speaking bahasa Korea walaupun agak berterabur sikit kan... Hahaha!!! Lepas sesi suai kenal, kitorang dibahagikan kepada 4 group... Aku satu kumpulan dengan kak Ika, kak Aisah dan kak Hajar (7B)... Lepas tu, kitorang dikehendaki mencipta logo, lagu tema dengan hakka... Disebabkan nama group kitorang 'Lion', jadi logo kitorang gambar muke singa la... Kelakar pun ade jugak sampai rase tak sanggup nak tunjukkan kat depan orang... Hehehe! Kitorang jugak diberi telur kosong sebagai barang amanah... Kitorang kena jaga dengan baik sepanjang kitorang orientasi...

Orientasi kitorang selama 3 hari berjalan dengan lancar... Walaupun kena marah, kena herdik, kena perli, tapi berbaloi sebab kitorang dipuji oleh senior...

Pada hari terakhir, kitorang buat sedikit jamuan yang disediakan oleh kitorang sendiri... Kitorang jugak disuruh buat persembahan last minute... Group aku bergabung dengan group 3 dan group 2 bergabung dengan group 4... Kitorang hanya mempersembahkan nyanyian nasyid saje sebab tak sempat nak berlatih... Lepas buat persembahan, aku kena puji dengan semua orang di situ... Diorang kata suara aku sedap.. Hehehe... Sedap ke? Lepas tu, acara penyampaian hadiah dan cenderahati... Aku telah dinobatkan sebagai student terbaik sepanjang orientasi.. Fuh! Kembang-kempis hidung aku... Macam tak percaya pun ada jugak... Lepas semua selesai, kitorang semua diminta berkumpul dan serahkan barang amanah... Tinggal beberapa orang je yang masih ada barang amanah tu termasuk aku... Lepas tu, barang-barang amanah yang kena rampas tu disusun dalam satu baris melintang... Beberapa orang senior pijak barang amanah sampai berkecai... Diorang marah pada pelajar-pelajar yang terlalu leka sampaikan barang amanah tu diambil oleh facie dan pelajar-pelajar tu pun kena denda... Lepas tu, giliran pelajar-pelajar yang barang amanah dia pecah pula dkena marah dengan denda... Akhirnya, giliran kitorang yang barang amanahnya masih elok lagi dipanggil... Senior menyuruh kitorang menyusun barang amanah tersebut dalanm satu barisan melintang... Lepas kitorang letak, diorang pun pergi dekat barang amanah kitorang dan pijak macam diorang buat dekat pelajar-pelajar sebelumnya... Terkedu kitorang sebab macam sia-sia je kitorang jaga sepenuh hati kitorang... Sedih wooo... Aku menangis bagai nak rak la jugak sebab diorang ada sebut pasal mak ayah ni kan... Lagi la bertambah 'touching'... Tak lama kemudian, diorang pulak sergah kitorang macam rancangan 'Wakenabeb'... Hantu betul!!! Berlakon rupanya diorang selama orientasi ni... Tapi, syukurlah... Semuanya berjalan dengan lancar dan sesi orientasi kitorang selama 3 hari tu tamat dengan penuh kegembiraan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment